Pageviews


★ teman SEJATI ♥

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 28 March 2013

Epal's Enve.

Pernah terfikir macammana susah utk utk menghasil
sesuatu produk seperti kertas mahupun plastik.
Dan akhirnya sesuatu itu kita buang dengan sewenang2nya.
Aisshh... kertas umpamanya,
memerlukan pokok utk ditebang bagi menghasilkannya.
So, Why not kita kitar semula.
Buat mereka2 yg gemar utk lakukan something yg different.
Plus, kita dapat kitar semula
and reduce kertas yang terbuang.
Disamping mengurangkan pembaziran.
Justeru,
Hasil tangan nie saya namakan :

Epal's Enve.
(oleh sebab bahan utama yang diperlukan adalah sekeping envelope terpakai)



first. Sampul comel.



misalannya sampul kecik nie. 
1)ambik mana2 sampul surat terpakai, kerat
dua jika saiznya besar, paper color, wrapper bercorak
dan sticker.
2)beberapa peralatan yang diperlukan seperti gunting,gam dan sebagainya.
3)dan mulakan utk decorate sampul terpakai anda mengikut
kreativiti.



Ok. Done. Ini utk birthday kawan saya. Xperlu beli kad as you can make
by ur own. selalunya kwn2 xkan buang hand made gift, 
sbb produk mcm nie xda kat market. :)

2nd. Bookmark from envelope.
Very simple. and I fall in love to do this. 

1) envelope. tak kisah color ape dan saiznya.
2) buat corak disetiap bucu.
3)Gunting.
4)Decorate mengikut suke2 anda.
Tampal2 pun buley.

Then, ini lah hasilnya. :)




corak-corak tue saya ambik dari wrapper.
dan camna nak guna,
selitkan ja macam nie.


Kalau nak lebih kreatif, 
create by ur own. :)


buley guna gunting pelbagai corak.


or just buat bentuk hati <3



Buley jugak, tampal sticker cam ini.


 Sangat banyak ilham. I love to do this.


The Bunny :)love this One.



Monster.

That's all. Have a try :) Goodluck.




Wednesday, 27 March 2013

it's another Day.


 pernah satu hari,
saya terfikir utk berhenti
tinggalkan apa yang dah dimulakan hari ini.
tapi Allah masih hadiahkan saya hari esok.
supaya saya terus berjalan.
dan melangkah walau saya sebenarnya lemah.
He still giving another tomorrow,
again and again until TOday.
and
I have my day.


instead of give up,
why not we just keep going
and strive for our Destiny

Adakala kita tengok, mudahnya hidup orang lain.
Susahnya hidup kita.
Dan saat itu,
semoga kita tak lupa,
Allah tue sentiasa ada. 

it's Ok if U feel down.
lonely.
sadness.
For me, it's Lumrah and Fitrah kita sebagai insan,
especially woman.
yg sentiasa bermain dgn emosi.
It's Ok awak.

But, dont. and never ever 
lose your HOPE toward HIM.







What we do,
not for us.
But For HIM.
surely He will guides us, 
and gives the BEST.






 '' we cant be PERFECT at all,
but if we chase the perfection,
we will improving ''

^_^

Tuesday, 19 March 2013

Cheer Please.

Dia ambil sesuatu dari kita, dan Dia menggantikannya.
Dia beri sesuatu, Dan Dia ambil yang lain.
Sedih. 
Tapi percayalah, setiap perancangan Dia penuh dengan hikmah tersimpan.
Dia selalu memberi yang lebih baik dari apa yang kita jangka.
Tak perlu sedih dan berputus asa.
Dia sentiasa ada.
Percayalah, apa yang kita tak mampu miliki hari ini,
Atau apa yang kita hilang pada saat ini,
Adalah pengajaran dari Allah
Untuk kita mengerti, tak semua mampu kita miliki.
Tapi,
Pastinya, Dia punya perancangan untuk kita teruskan kehidupan
Tanpa lelah putus asa.
Kerana Kita ada Allah.
Percayalah.

Hari ini, saya kehilangan sesuatu yang saya sayang. 
Tapi disebalik satu kehilangan,
Allah gantikan sesuatu yang lebih bermakna dari 
sebuah kehilangan.
Jadi, kenapa kita masih bersedih?

-kalau awak yakin Allah itu ada, 
awak takkan rasa sedih :) 
cheer please -.<

Monday, 18 March 2013

:::nikmat gula kapas:::

nikmat kegembiraan yang kita kecapi umpama menikmati gula kapas.
Nikmatnya terasa saat gula kapas mencair dilidah,
dan berlalu pergi saat ia ditelan.
Sama seperti nikmat gembira ketika hidup. 
manis hidup memang tak kekal lama.
kerana Allah menjanjikan 'manis' yang kekal abadi.
InsyaAllah. Disyurga sana.


Untuk kehidupan sementara ini,
Segala yang berlaku dlm hidup, terlalu banyak hikmah yang tersirat.
Dan pastinya suratan takdir tue adalah yg TERBAIK!
seperti air yang mengalir,
biarkan kesedihan dan suram itu berlalu.
dan berlalu. 



jangan risau,
saat kita merasai Dia di hati,
Allah akan hadiahkan the sweetness itu kembali.
maybe dlm bentuk sweet memory.
It will be sweet forever.

and my journey does not stop at that point.


Paling penting, tanya diri kita tentang hati kita.
mulai hari nie, kurangkan mengadu pada manusia,
takut lama-lama keikhlasan tue akan hilang.
-_-
dan banyak kan share dgn Dia.
Ingat tak pesanan Dia? 

|
|
V

Dan, tak ada reason utk awak bersusah hati skrg, kan?


So keep smiling :)

*no reason for you to not to smile*




Friday, 8 March 2013

Life Must Go On!


Sudah lama tidak mengupdate.
Saat ini blog sudah menjdi magnet ke-2.
Because I have Tumblr right now. 

New semester. 
Just 1 tahun je lagi.
semoga Allah permudahkan segalanya.

Di tahun 2013, usia menganjak ke angka 21 (another 3 month). 
Tukar angka yg lebih besar  tapi InsyaAllah still maintain nampak muda.
amin.
 Usia Cuma angka.
 Ending kehidupan kat dunia nie takkan ada sape yang berani jangka. 
Teringat Kisah dari beduk diketuk hasil tulisan Ust Pahrol Juoi

“Time saya sakit teruk, semua orang yang melawat membacakan Yassin 
dan mendoakan saya dipanjangkan umur, 
dan bila saya dah sembuh, 
saya pula banyak sedekahkan Al-Fatihah kerana 
kebanyakan dari mereka yang sihat ketika 
melawat saya telah dijemput Illahi”

See, nobody can predict.
Preparation is very important.

Saat ini, perubahan besar telah berlaku 
dalam segenap ruang kehidupan. 
apa yang berubah biarlah rahsia.
dan Dia yang lebih mengetahui.
Dan sekali lagi, nobody can predict.
Perubahan yang telah merubah susun atur dan liku-liku jalannya.
Tapi perubahan itu takkan mengubah niat asal,
 dan titik tolak sebuah kehidupan.
 Satu keyakinan.
 Apa yang orang lain nak kata, you can say. 
Tapi apa yang terjadi, biarlah kita yang tahu.

Meniti kehidupan diusia yang makin meningkat,
 diri juga perlu dimatangkan.
 Kita boleh menegur sikap orang lain,
it’s a good thing for improvement.
 Di samping itu, sikap ego, dan sering menyakiti hati 
insan lain perlu dikikis,
 dibuang dan  di campak sejauh-jauhnya. 
Why? 
Because that person yang kita sakiti buleh memaafkan, 
tapi parut di hati mereka mungkin ambil masa yg lama utk hilang. 
Jadi, tidak boleh ambil mudah dlm memelihara hati insan lain.
 Jaga hubungan dgn  Allah, dan Dia akan jaga hubungan org lain dengan kita.
Allah adalah segalanya dan Ukhwah itu sangat bermakna. 

semoga setiap dari kita sentiasa belajar dan berterusan 
memperbaiki diri. 
Kita mengejar kesempurnaan bukan utk sempurna di mata manusia,
kesempurnaan yang kita cari
adalah langkah utk kita memperbaiki diri.
Tiada insan biasa yang sempurna,
jadi berubahlah kerana Allah.

Biarpun jalannya berbeza, perancangannya tak sama,
tapi matlamat itu tetap satu.
Tidak seiringan tak bermakna kita terpisah.
Yakinlah, Dia telah meyatukan tali persaudaraan.
Bersama memperbaiki dan tidak diulang silap yang sama.

Last, lupakan yang pahit..dan simpan yg SwEEt je k... :)



Sunday, 23 December 2012

::Rencah Hidup::


alahai,tajuk macam rancangan masak je kan...
tapi walaubagaimanapun,
itulah analogi tentang tiap-tiap detik yang kita lalui saban hari.
Hidup diperasakan dengan pelbagai rencah
kerana ragam insan,
yang kadang-kadang ada yang manis,
ada jugak yang asyik masam mencuka,
dan ada yang buat kita rasa gembira dan bahagia,
dan ada pula yang memang tak kena dengan jiwa kita.
manusia,
memang macam2 flavournya!

Jangan mengaku kita adalah 
seorang teman,kawan mahupun sahabat
kalau kita lalui hari-harian tanpa pernah alami semua tu.

Subhanallah.
memang kita sama-sama pernah merasai ukhwah,
 persahabatan yang pelbagai rencah kan.

Bertemu dengan insan yang x sama cita rasa,
rasanya kelat seperti hempedu,
dan kadang-kadang terlalu menyakitkan.
tak mustahil, mungkin dah terzahir air mata.

Alahai temanku sayang,
jangan bersedih.
memang fitrahnya setiap insan berbeza.
ada yang rapuh mcm biskut,
ada yang kental dan liat macam dodol,
ada yang sensitif macam ising atas kek,
tercuit sikit rosak cantiknya,
memang bermacam2..
justeru, 
di saat kesedihan itu,
jernihkan apa yang keruh,
hilangkan sedih dan marah,
bisik lah pada hati yang mulus itu, 


ye, ikhlas dulu niat kita.
kerana setiap ketentuan dan takdir itu 
adalah ujian dari Allah.

Dan dari situ,
kita akan belajar untuk menerima,
menerima setiap kekurangan yang terzahir,
Allah telah mencipta tiap2 kekurangan dan kelebihan
untuk kita saling melengkapi.
dan jika perlu,
tegurlah tanda sayang.



bermaafanlah. walaupun
pada zahirnya bukan kita yang melakukan salah.
mengaku salah bukan ertinya kita yang salah,
tapi kerana cinta kita pada sebuah ukhwah,
tak ingin ianya terus berpecah
dan akhirnya MUSNAH


see, mungkin kita akan lebih tenang.
lepaskan segala kesakitan
dengan kemaafan.

Dan 
jadikan kata-kata ini 
sebagai penambah perasa,
"it's ok jika aku disakiti,
tapi aku takkan menyakiti"



last,but not least,
jgn lupa hiaskan wajah senyuman.
itulah penambah perisa yang paling istimewa.
All the best,
Teman2 ku sayang :)

epal's heart.

Tuesday, 18 December 2012

:::AZAM BARU::::


“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, 
maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung.
 Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, 
dia dari kalangan yang rugi.
 Barangsiapa yang hari ini dia, 
lebih teruk dari semalam, 
maka dia di kalangan orang yang celaka”
 Mafhum Hadith Rasulullah SAW.


Sedar tak sedar 2012 bakal melabuhkan tirai,
dan bakal meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Benarlah kata Imam Al-Ghazali,
perkara yang akan semakin jauh daripada kita
adalah masa lalu.
Semakin hari akan berlalu dan menjauh,
yang  kekal mungkin tulisan diari kenangan yang tersimpan.
(itupun kalau awak ade planner@ diary la ^_^)

Menyedari usia bakal menganjak ke satu usia,
mesti akan ada ibu-ibu kite cakap,
"time umor kamu nie mak da kahwen dah"
:D
tapi kite saat umor nie still mcm budak kadang-kadang,
merengek macam anak kecik,
takpun Homesick macam adik2 form1 baru masuk hostel.
:D

masa berlalu dan berubah dan terus berubah mengikut peredarannya.
Cara hidup, cara berkawan, cara belajar,
semuanya berubah.
Semakin senang kehidupan, 
semakin sukar cabaran dihadapan,
kan?

Mungkin sekarang senang untuk search tentang assignment @ report n etc,
tapi susah nak kawal diri bila sambil2 
search tue bley on9 facebook jugak kan...
:D haha itu biasa bagi kite-kite kan.

Apapun, kembali pada tajuk asal, 
setkan lah azam baru pada hari ini.
Dan kalau boleh jangan set2 kan yang biasa2,
setkan sesuatu perubahan 
yang lebih bermatlamat.


Update la azam baru anda hari ini,
supaya saat 2013 menjelma,
kita sudah memulakan langkahan pertama,
dan bukan lagi bertatih-tatih,


Saat umur meningkat,
hayat semakin singkat,
ajal pun makin dekat,
-_-
SEmoga Allah panjangkan umur kita dalam Keimanan 


:) amin.

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget