BuNga uNtUk Mama....
Di atas sekeping
warkah ini ku titipkan salam rindu buat mamaku yang ku sayang dengan doa agar
mama sentiasa sihat dan gembira. Tatkala mama membaca surat ini, anakmu ini
mungkin sudah jauh dari pandangan mata. Ampunkan Dina,mama... atas segala silap dan
salah Dina selama ini...
Mama menutup surat Irdina. Dengan rasa kesal, mama berlalu ke tandas.
Didalam tandas Mama menangis sepuas-puasnya...Esakan demi esakan kedengaran...
________________________________________________________________________________
Pagi- pagi lagi
Mama sudah bangun, disaat matahari belum menampakkan diri Mama bertungkus-lumus
menyediakan kuih muih serta nasi lemak untuk diletakkan di warung Che Nor.
Selesai urusan itu, Mama berkemas diri untuk ke tempat kerja. Selalunya saat
mama meninggalkan rumah, Along belum bangun, Achik dan Irdina bersedia untuk ke
sekolah...Angah pulak, kadang- kadang sahaja dia pulang. Selalunya Angah
menghabiskan masa bersama kawan-kawan selepas kerja. Mama tidak sempat mengawal pergerakan
anak-anaknya.
Seperti biasa,
rutin Irdina menghantar kuih-muih dan nasi lemak mama ke warung Che Nor. Nasi
lemak mama sedap, Irdina pernah sekali mencuri-curi makan nasi lemak mama.Dan
pada hari itu Mama mendapati hasil jualan tidak mencukupi seperti yang
sepatutnya, habis badan Irdina lebam akibat dicubit. Semenjak itu, Irdina
serik. Walaupun perutnya lapar, namun takkan sesekali dia berani untuk
menaikkan kemarahan mama.
” Dina! Meh nasi
sebungkus!”, Achik terus merentap nasi lemak dari dalam bakul yang digalas
Irdina. ” Achik...nanti Mama marah Dina kalau tak cukup...”, tanpa mempedulikan
Irdina, Achik terus mengayuh basikal sepantas yang boleh.
”Sekarang dah
pandai menipu ye kau.... hari tu curi nasi, hari nie ambik lagi pastu kau tuduh
Achik pulak yang ambik....,”mama langsung tidak percaya dengan apa yang
disampaikan Irdina..Tangannya jugak turut serta meluahkan kemarahan kepada
Irdana. Kanak-kanak kecil itu ditampar , dicubit tanpa belas kasihan.
”sakit mama...”,rintih anak itu berkali-kali...Hari ini Irdina menangis lagi...
________________________________________________________________________________
(epal's stories to share~bunga untuk mama-->to be continue...
No comments:
Post a Comment