Pageviews


★ teman SEJATI ♥

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, 4 March 2012

✿◕ ‿ ◕✿ nukilan rasa hati ✿◕ ‿ ◕✿

:. SaYA INGin Jadi Lebih baiK .:
"Ya Allah, bimbinglah hambaMu yang masih bertatih ini"


Gantikan kesedihan itu....
Dengan satu perubahan....
bayangkan andai esok tiada lagi,
mulakan ianya hari ini....

tanamkan satu keyakinan, 
Allah tetap ada
untuk bersama-sama dengan hamba_Nya



Semoga perjalanan kehidupan ini membawa kebahagiaan didunia dan akhirat...

lepaskan segala hal yang menyebabkan masa mudamu yang berharga
 menjadi sia-sia
lepaskan segala keseronokan dunia yang membuatkan
 kamu lalai dalam mengingati-Nya
kerana keindahan itu bersifat sementara..
Tiada yang lebih bermakna selain mencari redha Illahi
Berusaha untuk akhirat bukan bermaksud tidak mempedulikan dunia,
tetapi mengingati dunia 
biarlah seiring dengan jalan yang diredhai-Nya
Untuk menuju ke negeri akhirat....


SUSAHNYA NAK BERUBAH.... 
eh, silap....
bukan susah nak berubah
tapi susahnya nak istiqamah <konsisten>...
mungkin sebab diri kita lemah...
jangan risau, 
manusia memang lemah..
Tapi, lemah tak bermakna kita kalah
lemah tak bermaksud kita cepat mengalah...
Sebab kekuatan takkan terbina dengan sendiri...

''Sesungguhnya Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah nasib mereka sendiri" (Ar-Rad: ayat 11)

Syaitan selalu menggoda,  
tapi jangan sesekali salahkan 'dia'
sebenarnya kita sendiri yang senang terpedaya...

Hakikatnya 
Pilihan sentiasa ada,

'' dan Kami telah menunjukkan kepadanya 2 jalan (kebaikan dan kejahatan)''
 (Al-balad: ayat10)

jadi, apa tunggu lagi, pilihlah yang mana terbaik untuk kita..
Ingat, akhirat tetap menanti,,,<GET READY!!>
Marilah bersama-sama melangkah ke alam perubahan..
Sedarkan diri dari dalaman... 
Dan buatlah atas dasar kesedaran berteraskan KEIMANAN!!

HOLd My Hands.... we'll walk slowly together to Allah <girl's only>

No comments: