Secret VIRUS
Dalam senyap, ia menyerang secara perlahan-lahan.
Namun kesan buruknya akan membuatkan ‘pesakit’ menjadi kronik. Ia bukan sahaja menyerang seseorang
individu, bahkan sebuah sistem kekeluargaan juga boleh terjejas dengan serangan
halusnya. Dan tidak mustahil, masyarakat
juga boleh dijangkiti tanpa mereka sedari.
Tidak melawan, tiada amaran bahaya, hanya menuruti
kehendak nafsu manusia. Itulah sifat nya.
Dan virus inilah yang telah menyerang sekelian umat, sehingga kini,
menggunakan cara untuk tidak menyakiti mereka tapi merosakkan jiwa mereka
secara perlahan-lahan.
Saban hari, kita mendengar kisah-kisah kerosakan
akhlak para remaja sampaikan ada yang berkata sudah bosan mendengar isu
tersebut dibangkitkan. Saya juga seorang remaja, dan sememangnya sudah lali
dengan spekulasi akhlak remaja. Tapi adakah dengan melihat, bercakap, dan
membangkitkan isu ini dapat menyelamat mereka daripada secret virus yang
berbahaya.
IA ADALAH VIRUS!
Mengapa saya mengatakan ia adalah virus? Kerana
sifatnya sangat halus hingga kita sendiri tidak dapat melihatnya dengan mata
kasar. Namun, para pesakit akan berada di tahap kritikal dalam masa yang
singkat jika tiada rawatan yang diambil.
AIM DAN PERISAI VIRUS ITU…
Kita sedang diserang tanpa menggunakan senjata dan
peluru. Hakikatnya, kita diserang dari segi pemikiran. Lihatlah zaman sekarang,
kuasa barat sudah mempengaruhi corak pemikiran kita. Menyerang umat Islam
dengan berbekalkan senjata dan sebagainya memerlukan kos dan risiko kekalahan
juga tinggi.
Akhirnya, mereka menyedari titik kelemahan umat Islam!
Target barat dan Yahudi bukan untuk melihat umat Islam hancur dan keluar dari
agama Islam. Cukuplah sekadar kita jauh dari Allah dan Al-Quran terlepas dari
tangan.
Berbekalkan senjata 5F dan 5S, mereka memulakan misi
merosakkan umat Islam. Ternyata kini matlamat mereka hampir berjaya kerana
sudah ramai generasi muda menjadi rosak dengan serangan secara senyap tersebut.
Boleh dikatakan sudah banyak yang tenggelam dalam arus kehidupan, Al-Quran
dilupakan, apatah lagi syariat-syariat Allah.
Saya bukan seorang ustaz ustazah, pelajar agama dan
yang seangkatan dengannya. Tapi saya adalah salah seorang hamba Allah di bumi
Malaysia yang kerisauan untuk menghadapi
gelombang masa hadapan. Bagaimanakah agaknya corak kehidupan sebuah negara
tatkala semua pemudanya lemah dan hanyut dengan keindahan dunia? Hiburan di
jadikan carta paling atas dalam ranking kehidupan. Bagaimana nasib anak-anak
yang dilahirkan sebagai Islam dalam 20 tahun dari tempoh sekarang. Adakah
mereka takkan tahu apa itu Allah? Al-Quran? Pastikan mereka tahu, iaitu dengan
melindungi ahli keluarga kita, sahabat-sahabat kita dan saudara-saudara kita
daripada SECRET VIRUS:5S&5F.
Kawan-kawan yang saya cintai kerana Allah, marilah
mula melangkah setapak kehadapan, , sedar dari dalaman dan luaran, dan
berubahlah atas dasar kesedaran.
Kita tidak hidup dengan dipuji, dan takkan mati dengan
kejian… Tapi hiduplah kita kerana kita adalah hamba Allah, dan semoga kematian
kita masih dalam keimanan…
Amin…
APA ITU 5F?
<<epal’s stories to share~ will be continue>>
No comments:
Post a Comment