Pageviews


★ teman SEJATI ♥

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 20 June 2012

Tangisan itu.

Jangan biarkan tangisan itu, tangisan yang melemahkan.

Mengapa aku sering menangis?
itu biasa bagi seorang hamba, seorang manusia
seorang insan yang diselubungi pelbagai rasa.
sedih
duka
kecewa
bahkan, adakala waktu gembira juga kita menangis.
Wanita terutamanya.
 Namun,
jangan tidak percaya,
air mata adalah sesuatu yang berharga.

1001 hikmah disebalik rahmat-Nya,
kerana itu Dia menciptakan air mata
buat hamba-Nya.

Air mata itu tanda cinta.
kadang-kadang tanda kekuatan.
Tapi moga-moga setiap tangismu
adalah tangisan kerana Allah.

Menginsafi kesilapan diri,
sebelum melihat kesilapan insan lain.
menangisi kesusahan insan lain, 
sebelum mengeluh dengan takdir yang tercipta untukmu.



Sesungguhnya
Allah lebih mengetahui.
Dia ciptakan takdir yang tidak seperti diharapkan
kerana 
Dia merindui air mata yang diciptakannya untukmu

Manfaatkan pemberian itu
Moga saat itu
kita lebih mensyukuri
lebih melihat dan membuka mata hati
ada insan yang melalui rentetan hidup
yang lebih sukar dari yang kita alami.

Tangisan ini adalah satu nikmat!
Bukan tangisan yang melemahkan.
jadikan tangisan dunia sebagai satu pembangkit semangat,
Agar hari esok kita takkan menangis lagi!

epal- dari dalam hati ♥


No comments: