Ramai
yang mengingatkan kita tentangnya.
Rasulullah SAW juga.
“Aku
tidak tinggalkan fitnah yang lebih buruk selepas kewafatanku berbanding fitnah
perempuan terhadap lelaki”.
(Riwayat Bukhari)
Tepat
sekali peringatan ini kerana
wanita sering kali menjadi ‘sesuatu’ yang paling
disukai di dunia ini.
Berhati-hatilah dengan ‘kesukaan’ itu.
Ramai lelaki hebat
tidak berdaya kerana wanita.
Apatah lagi jika seseorang wanita itu sengaja
ingin menggoda, memujuk rayu dan memperdaya sasarannya.
Siaplah…
Peringatan
ini bagus.
Namun, tafsiran terhadap hadis di atas ini mestilah adil.
Seadil
Allah SWT dan Rasulullah SAW memuliakan martabat wanita.
Jangan pula hadis ini
dijadikan hujah untuk melemparkan segala kejahatan kepada wanita.
“Ni
semua salah mak dia. Masa mengandung dulu…”
“Ni
semua salah perempuan, sebab tu ramai lelaki jadi rosak…”
“Perempuan
semuanya jahat…”
Masing-Masing
Ada Keistimewaan dan Kekurangan
Hakikatnya,
potensi untuk melakukan kebaikan dan kejahatan ada pada kedua-dua makhluk
Allah, lelaki dan wanita.
Wanita ada kelemahan.
Lelakipun ada kelemahan.
Wanita
ada kelebihan.
Lelakipun ada kelebihan.
“Maka
Tuhan mereka menerima permohonan mereka ( dengan berfirman ) sesungguhnya Aku
tidak akan mensia-siakan amalan orang-orang yang beramal dikalangan mereka baik
lelaki dan perempuan,kerana sebahagian kamu adalah keturunan sebahagian yang
lain.”
( Aali-Imran : 195 ).
Luasnya
Maksud Fitnah
Dr Yusuf
al-Qaradhawi membela,
“Berwaspada terhadap fitnah sesuatu tidak bererti ianya
jahat seluruhnya tetapi ianya bererti sesuatu itu mempunyai pengaruh yang
sangat kuat ke atas manusia yang dibimbangi akan memesongkannya dari mengingati
Allah dan hari akhirat.”
Bukankah
Allah SWT juga pernah memberi peringatan tentang fitnah harta dan anak-anak?
Firman Allah Taala yang bermaksud ;
“Wahai
orang-orang yang beriman janganlah harta-harta kamu dan anak pinak kamu
melalaikan kamu dari mengingati Allah,barangsiapa yang berbuat demikian merekalah
orang-orang yang rugi.” ( Munafiqun : 9 ):x
Mengikut
tafsiran ayat ini, adakah ia bermaksud harta dan anak-anak itu semuanya jahat?
Tiada kebaikan langsung daripadanya?
Adakah Islam mengajar kita memusuhi harta
sebagaimana golongan sami yang langsung tidak mengumpul harta?
Adakah Islam
mahu kita mencontohi golongan paderi yang tidak dibolehkan berkahwin dan
mempunyai anak?
Tidak!
Fitnah
Harta dan Anak-anak
Hal ini
seterang mentari dijelaskan dalam al-Quran.
Allah menunjukkan sikap yang adil
(meletakkan sesuatu kena pada tempatnya) dalam menyingkap maksud sebenar yang
Dia mahu kita fahami.
Tengok!
Di
tempat yang lain, Allah SWT menyebut harta itu sebagai ” kebaikan “. Allah juga
menyebut anak pinak dan cucu-cucu sebagai nikmat yang dikurniakan kepada
sesiapa yang dikehendaki di kalangan hambaNya,
“Dia
mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki dan Dia
mengurniakan anak lelaki kepada sesiapa yang Ia kehendaki.” ( Syura : 49)
Malah,
pengurniaan anak cucu kepada hamba-Nya, Allah sandingkan sama seperti hambaNya
dikurniakan rezeki yang baik-baik.
Firman
Allah SWT :
“Allah
telah menjadikan dari diri-diri kamu isteri-isteri, dan Allah menjadikan dari
isteri-isteri kamu anak cucu, dan Allah telah mengurniakan kepada kamu rezeki
yang baik-baik.” ( Nahl : 72 )
Bermakna
anak-anak dan harta, asal kedua-duanya adalah baik.
Ia jadi fitnah apabila kita
tidak menguruskan dan mendidiknya dengan baik.
Firman
Allah SWT:
”Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan bagimu,di sisi
Allah pahala yang besar.”(Taghabun: 15 ),
Dr Yusuf
al-Qaradhawi berpesan:
“Memberi peringatan tentang ujian perempuan sama saja
dengan peringatan tentang ujian harta dan anak pinak. Ia sama sekali tidak
bermaksud bahawa semua nikmat ini jahat dan buruk tetapi sebenarnya Allah ingin
memberi peringatan supaya jangan terlalu tertambat hati kepadanya sehingga
sampai menjadi fitnah dan menjauhkan hati dari mengingati Allah.”
Berawaslah!
Terima-kasih
buat Nabi yang memberi ingatan tentang fitnah wanita kepada kaum lelaki.
Fitnahnya memang amat besar.
Lantaran itulah lelaki mesti diberi peringatan
terhadap bahaya ini, agar mereka tidak tersungkur dengannya.
Pesona
luaran wanita memang memukau.
Mampu menjadikan orang sasau.
Ditambah lagi,
sifat semulajadi manusia termasuklah lelaki suka bertindak secara gopoh gapah
dalam menilai luaran.
Wanita
yang kusayangi,
pada zaman ini, kita mendapati ujian wanita sudah sampai ke
tahap zaman-zaman terdahulu dan khayalan generasinya.
Disanjung, dipuja dan
didewa-dewa padahal golongan pemusnah menjadikan wanita sebagai satu elemen
untuk memusnahkan kemurnian-kemurnian dan artifak warisan dengan nama
perkembangan dan kemajuan.
Berawaslah!
Kembalilah
Wanita Pada Kemulianmu
Pesan
Dr. Yusuf al-Qaradhawi,
“Menjadi tanggungjawab wanita Islam berwaspada terhadap
komplot ini. Wanita Islam hendaklah sentiasa mengawal diri agar tidak dijadikan
sebagai alat pemusnah oleh kuasa-kuasa besar yang memusuhi Islam.”
Wanita
Islam hendaklah kembali kepada zaman kegemilangan mereka yang mana mereka
dianggap anak perempuan yang terdidik, isteri yang solehah, ibu yang mulia,
insan terpilih yang berkhidmat untuk agama dan umat,
Dengan demikian wanita
mendapat dua kebaikan iaitu beruntung di dunia dan akhirat.
Artikel iluvislam.com : epal's stories to share
No comments:
Post a Comment