menulis dari
hati
dan kupastikan apa yang kutitipkan
telah tersimpan didalam jiwa dan sanubari
agar segala perkongsian
ini
meresap dalam jiwa2 mu
dengan izin Illahi...
aku..
hanya insan
pendosa
kadang-kadang
akal sering berkata
aku masih tidak
layak
tapi hati
menyangkal,
jangan
menjadikan kelemahan
itu sebagai satu
halangan
untuk kita terus
berkongsi
dan saling
mengingati. ...
buat semua yang
menatap entri ini. . .
samada secara
sengaja atau tidak. . .
ampunkan segala
kekhilafan dan kekurangan
moga kita akan
tetap terus
bekerja keras
bergerak
sebagai
hamba-Nya
suatu
perkongsian yang pernah aku terima suatu ketika dulu. . .
sangat mudah
untuk melafazkan kalimah
Laillahaillah
Tapi ada
kata-kata
Itu
Sentiasa tersemat
dihati?
Jika ya, hitung
la dosa yang kita lakukan saban hari. . .
Kita sekadar
berikrar
‘tiada tuhan
yang disembah melainkan Allah’
Namun
Bila tibanya
azan,
Kadang-kadang
urusan keduniaan lebih kita pentingkan. . .
Game, bola, assignment,
Dan
Macam-macam
lagi...
takkan mampu di'list'kan disini
Jadikan marilah
kita sama-sama
Menghitung
Setiap hela nafas
yang diterima secara ‘free’
Dan tidak
termasuk lagi
Pelbagai kemudahan
pancaindera yg diberi
Terlalu banyak
hingga tidak akan mampu dihitung...
''dan jika kamu menghitung segala nikmat Allah, nescaya tidak akan dapat
kamu menghitungnya,''
<14:34
bukan sekadar menulis, membaca dan berkongsi
tapi
mari sama-sama kita amalkan bersama-sama
agar apa yang kita kongsikan
mendapat tempat dihati mereka yang membaca
menyentuh jiwa-jiwa mereka
dengan keihklasan
dan ketulusan
marilah bersama-sama menghayati
amanat dan tanggungjawab kita
disebalik lafaz syahadah kita. . .
mendalami maknanya
dalam setiap amal kita
Titipan kasih
dan cinta buat-Nya,
kerana menyedarkan aku disaat aku memerlukan bimbingan-Nya.
Aku hanya insan
biasa,
masih belajar tentang kehidupan,
masih mengejar matlamat,
masih
merancang jalan2nya…
Tatkala ini aku masih bertatih,
cuba merangkak
dan xkan
dapat aku melangkah
tanpa menempuh kepayahan,,,
sekadar berkongsi ^^
dan peringatan buat diri -_-
yang kadang terleka dengan ujian
dunia ini. . .
[[ sanubari: epal's stories to share ]]
No comments:
Post a Comment