rentetan hidup ini
sangat memenatkan
n
a m u n
Kepenatan
bukan satu rungutan
sememangnya
hakikat dunia ini dipenuhi dengan kepenatan
kerana
rehat sebenar hanya selepas mati..
''Dan
apa saja (kekayaan,jabatan, keturunan) yang diberikan kepada kamu,
maka
itu adalah kesenangan hidup duniawi dan perhiasanya,
sedang
apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal.
Tidakkah
kamu mengerti''
<28:60>
Lepaskan setiap lelahmu
dalam solat
andai
masa rehatmu terlalu menghimpit masa
Jadikan
solat itu medium istirehat
Lepaskan
perihal dunia yang mencengkam
Lupakan
kesibukan dunia yang tak pernah lekang
Dan
hanya bayangkan...
Diri,
Tuhan, dan kenikmatan DISANA...
InsyaAllah,
disitu
bertemulah
dengan kekhusyukan
dan
keindahan bertemu tuhan...
Bebanan
takkan berhenti dengan keluhan
jadi...
mari kita perbaiki hari ini...
dengan
mencari ketenangan yang lebih bererti..
''Ingatlah
dengan hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
<13:28>
<<sematkan
dalam hati, di bahagian yang paling dalam dan di tempat yang takkan sesekali kita akan lupakan...>>
Moga
dosa semalam yang menghantui
kesilapan
yang selalu kita kesalkan
akan
berganti dengan jiwa dan hati yang baru
pada
esok hari....
~semoga
dalam dakapan Illahi
Epal's
stories to share with ❤ ~
No comments:
Post a Comment