Kisah ini dirakamkan dalam ingatan tidak berapa lama dulu sewaktu aku
terpaksa berjauhan dengan keluarga untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu.
Tiada jalan lain selain menaiki bas,dan mujur, perkhidmatan bas zaman sekarang memenuhi
keselesaan dan keselamatan diri dengan adanya single sit.
Sementara menunggu bas untuk bertolak, datang seorang kanak-kanak,
wajahnya penuh mengharap, menyapa seorang demi seorang penumpang, namun tiada
yang mempedulikan, sekadar menggeleng.
‘’akak, kacang kak?’’ adik itu menyapa aku.
‘’kacang apa dik?’’
‘’macam-macam ada, seringgit satu.’’
Aku mengambil dua, dan adik itu berlalu dan terus turun kerana pemandu
bas sudah bersedia untuk bertolak. Dari luar tingkap, aku memerhati adik itu
masih lagi meneruskan kerjanya. Menaiki bas demi bas, bertanyakan soalan yang
sama, ‘nak kacang, cik?’’
Timbul rasa simpati.
Mungkin bila melihat keadaan orang yang lebih susah, kita akan menjadi
lebih insaf. Aku juga begitu.
Alhamdulillah.
Kisah adik penjual kacang tidak berakhir disitu. Setiap kali aku berada
di stesen bas yang sama, pasti aku akan terlihat kelibat adik penjual kacang.
Kadang –kadang terasa ingin bertanya perihal hidupnya tapi mungkin belum
berkesempatan lagi.
Aku pernah ternampak adik penjual kacang menghulurkan bungkusan kacang
kepada orang kurang siuman yang berkeliaran di sekitar stesen bas itu.
Kanak –kanak lain mungkin akan lari apabila bertemu dengan orang kurang siuman. Tapi, adik yang menjual kacang………………
Mulianya adik penjual kacang! (≧o≦)!
Sepanjang cuti, aku menjaga nenekku selama beberapa hari dihospital.
Agak bosan kerana aktiviti agak terhad untuk dilakukan, jadi aku memutuskan
untuk berjalan-jalan disekitar hospital.
Mungkin takdir sudah tertulis, aku ternampak adik penjual kacang. Masih
lagi setia dengan bakul berisi bungkusan kacangnya. Sangkaan aku, dia ingin
menjual kacang disekitar hospital juga, jadi keinginan untuk menyibuk sangat
tinggi, lalu aku setia mengekori adik penjual kacang dari belakang.
Tapi, sangkaan aku betul-betul meleset. Apa yang aku saksikan
betul-betul menyentuh hati dan sampai sekarang terngiang-ngiang di fikiran.
Adik penjual kacang memeluk ibunya. Keadaan ibunya agak uzur dan lemah.
Di sisi ibunya, seorang kanak-kanak dengan pakaian yang lusuh, mungkin adiknya.
Selepas beberapa ketika, adik penjual kacang meninggalkan ibunya dan keluar
dari wad. Aku segera mengejar adik penjual kacang.
‘’adik! ‘’panggil aku. Dia menoleh.
‘’akak nak beli kacang,’’ aku sekadar berdalih.
‘’tadi tue mak ke?’’ soalku. Dia mengangguk.
‘’nape ngan mak?’’ soalan kedua. “sakit barah, kak’’.. aku menarik
nafas.
‘’habis sape yang buat kacang2 nie?’’
‘’tok saye,’’jawabnye. (tok =nenek)
‘’adik jalan kaki ke sini? ‘’ aku memandang kasutnya. Kelihatan sudah
nazak.
Dia menggangguk.
‘’adik tak sekolah ke?’’ Tanya aku lagi.
Dia menggeleng sambil tersenyum dan berlalu pergi. Mungkin soalan aku
membuatkan dia terasa sedih….
Dan aku sendiri rasa sedih dengan jawapan dia. Tapi di usia ni, aku
hanya mampu berharap, akan ada insan-insan prihatin yang membantu adik penjual
kacang.
Selepas beberapa bulan, baru-baru nie, aku pulang bercuti dan turun di stesen
bas yang sama. Namun, aku tidak lagi melihat kelibat adik penjual kacang.
Tak pasti kemana perginya adik penjual kacang, dan hatiku masih
tertanya-tanya.
Aku khuatir kalau-kalau ada sesuatu yang terjadi padanya.
Tidak !
Thinx positive ok!
Em, mungkin ada insan prihatin yang sudah membantu adik penjual kacang.
Jadi dia tak perlu menjaja dari bas ke bas lagi….
Andai satu hari anda terjumpa insan yang senasib dengan adik penjual
kacang, , ringankan bebannya semampu anda dan jangan lah sekadar menggeleng!!
.::TRuE STORy-epal's stories to share::.
6 comments:
Insaf...
Keep up the good job sis...
sedihnye..ngis baca nih...sbb ada lagy org yg lagi susah drp kita
^^ tq 4 reading...
sedehnya. ni kisah ukht sendiri ke.
haah...
thumbs up beb !
sedihnya ! doakan mereka and semoga dilindungi.jangan pulak ada jee yang jahat nak jual kanak-kanak macam ni pulak
Post a Comment