Pageviews


★ teman SEJATI ♥

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday 15 May 2012

::Hari ibu. Hari Guru.Hari bapa::



Hari ibu. Hari Guru.Hari bapa. 
Dan macam-macam hari lagi.
Dan baru-baru nie, isu yang agak panas,
Sambutan hari ibu HARAM. . .
Yup.
Hari ibu. Hari guru. Hari bapa.
Mungkin tujuan hari tersebut diadakan
Untuk meraikan, dan menghargai mereka.
Dan tak kisahlah siapa pelopor sambutan tue, dan apa sejarahnya.
Hari ibu, hari Guru, hari bapa adalah hari-hari. . .
 Rasanya  tak perlu dispesifikkan hari untuk menghargai mereka.
Bagi je hadiah, kata-kata penghargaan bila-bila masa
Yang kita suka.
Kerana doa seorang ibu, seorang ayah,
Hari-hari tanpa mengira tarikh dan masa.
Begitu juga hari guru.
Mungkin kita bukan anak kandung @ anak yang dibesarkan oleh mereka.
Namun, dulu kite adalah anak murid mereka.
See, ada perkataan anak disitu.
Kita seperti anak-anak yang menjadi amanah untuk dididik.

KISAH DI SEKOLAH RENDAH
Teringat saya kisah disekolah rendah, sewaktu darjah 6^^
Seorang guru wanita yang hari-hari akan ke surau
Bersolat dhuha, dan kemudiaannya
Bersolat hajat untuk kejayaan anak-anak didiknya
Dan itu adalah rutin harian beliau
Tanpa mengira TARIKH, dan HARI. . .
Di saat kami menjawab peperiksaan,
 beliau akan berada disurau,
berdoa dan berdoa untuk kami
Subhanallah.

Di sebalik hari guru.hari ibu.hari bapa 
atau apa-apa hari lagi
Dalam Islam sendiri, tidak dispesifikkan
 sambutan-sambutan hari penghargaan
Seperti itu.
Dan saya sendiri merasakan,
Hari untuk menghargai jasa dan pengorbanan
 seorang ibu, seorang ayah mahupun seorang guru,
Perlu dilakukan hari-hari seperti mana mereka
 tidak pernah melupakan kita
Di dalam doa mereka SETIAP HARI.
Apa gunanya hari ini hari ibu, atau hari guru 
yang kita sambut dengan memberikan
 kad ucapan, atau hadiah
Namun esoknya kita menyakiti hati mereka dengan
 kenakalan dan kekhilafan kita sebagai insan biasa
so, jadilah anak yang baik dan soleh
sebagai hadiah untuk mereka.
Dan berikan kata-kata penghargaan 
walaupun sekadar sekeping kertas,
Bila-bila masa sahaja sebagai tanda
 anda menghargai mereka^^
Dan ucapkan. . .
‘’Alhamdulillah, terima kasih umi,
 terima kasih abah, terima kasih cikgu’’
Selamat Hari ibu, hari ayah dan hari cikgu^^


No comments: