Pageviews


★ teman SEJATI ♥

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday 17 May 2012

Rentetan kehidupan(part2)




my daily planner. . .menyedarkan saya. . .
masa sangat pantas berlalu dari hari ke hari. . .
penghujung sebuah kisah seorang 
insan semakin menghampiri. . .
yup.
Ia menyedarkan saya untuk terus berbuat!



Hari – hari yang berlalu, menyedarkan saya.
Kepenatan dan kesibukan adalah 
rentetan sebuah kehidupan.
Bahkan bukan hanya saya yang merasai,
Tapi, semua insan didunia ini. . .
Tidak kira agama atau bangsa,
Masing-masing sibuk dengan 
urusan dan tanggungjawab.
Apa yang saya pasti,
Andai saya mengejar dunia,
Pasti dunia yang saya dapat.

Tapi jika saya mengejar akhirat,
Saya akan peroleh dunia + akhirat.
Pakej 2 in 1
Namun, jalan ke akhirat
 pastinya tidak dibentangkan dengan
Karpet merah,
Pastinya ada onak dan duri yang harus dilalui,
Hebatnya Para rasul dan sahabat 
serta para mujahid
Subhanalllah!


dan kita. . .
masih lagi dalam usaha berperang
untuk 
memerangi
hawa nafsu. . .
namun..
itu pun belum menampakkan hasil yang memuaskan
baik dari dalam mahupun luar. . .
<istighfar...>





Alhamdulillah. . .
bermaknya hari ini, moga-moga dijauhkan 
nikmat-nikmat yang melalaikan. . .
berharganya saat ini, moga menjadi penguat semangat
untuk berusaha memperbaiki diri 
dan menjadi yang lebih baik. . .

<<anak solehah untuk umi dan abah>>

♡hari yg bermakna♡
waktu yang berharga



Hari ini bertambah bilangan usia. . .
tapi xbermakna kite sudah tua. . .
masih banyak lagi episod kehidupan yang perlu ditempuh
masih banyak lagi kekosongan yang perlu diisi. . .
tapi
apa yang pasti
lepaskan sisa semalam
manfaatkan hari ini. . .

 saat menyedari usia semakin bertambah.  . .
pasti bukan kegembiraan sepenuhnya yang kita rasakan
bila memikirkan tentang usia. . .
pasti
kita tersedar
bahawa

 Saat saat penghujung episod sebuah kehidupan 
semakin menghampiri. . .

(19/5/2012)
bermaknanya hari ini~epal's stories to share
^_^







No comments: