Pageviews


★ teman SEJATI ♥

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 23 May 2012

hold my hand^^


Si anak gadis kecil menyeberangi jambatan kayu bersama bapanya.

Si Ayah berasa risau lalu berpesan kepada anak kecilnya,
“Peganglah tangan ayah agar kamu tidak jatuh ke dalam sungai”.
Anak kecil itu menjawab.. “Tidak ayah.. ayah lah pegang tangan saya”.
“Apakah bezanya?” Tanya ayah kehairanan,
“bezanya sangat besar ayah”.. Jawab si anak kecil,
“Kalau saya pegang tangan ayah, jika ada apa-apa berlaku,
Saya mungkin akan terlepas dari pegang tangan ayah.”Sambung anaknya lagi,
“Jika ayah yang pegang tangan saya,  
walau apa pun akan terjadi, saya pasti ayah tak akan lepaskan tangan saya."





setiap insan mampu berubah. . .
andai terdetik dihati satu kata-kata keramat, 
"SAYA INGIN BERUBAH!'
jadi, 
mengapa harus ditunggu?
sedangkan masa terus berjalan dan berlalu.
Penamat sebuah kehidupan tidak ada penangguhan,
Gapailah sebuah hidayah,
genggam dan sematkan dihati ♡ . . .
INSYAALLAH
yang terbaik sentiasa dari Allah. . .

melakar sebuah perubahan
bukan suatu yang menyenangkan 
bukan juga sebuah jalan yang dibentangkan permaidani indah
tapi 
memerlukan sebuah mujahadah
takkan teguh sebuah perjuangan
andai kita bersendirian


Jadi 
capailah tangan mereka2 yang memerlukannya
jangan sesekali dilepaskan
berikan kefahaman
sehingga mereka teguh seperti anda,
INSYAALLAH

"maaf, saya belum layak untuk membantu kerana masih
banyak khilaf yang saya lakukan -_-''

Mengapa beralasan untuk sebuah perubahan.
Teruslah melakukan perubahan walaupun 
hari ini kita masih melakukan 
kesilapan. . .
dan membantu mereka untuk sama-sama berubah. . 
Tapi jika masih melakukan kesilapan yang sama,
itu tandanya :
KITA TIDAK PERNAH BERUBAH


Kita mengejar kesempurnaan
bukan kerana
 ingin menjadi manusia paling sempurna di dunia
tapi kita berbuat kerana redha-NYa



melakar sebuah perubahan
awak dan saya saling memerlukan
jadi,
mari kita sama-sama , memperbaiki diri
dan bersahabat kerana ALLAH.



lakaran hidup ini : satu perubahan : epal's stories to share
26/5/2012



1 comment:

Fariz Reza [FR] said...

http://epalmiracle.blogspot.com