Pageviews


★ teman SEJATI ♥

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday 12 June 2012

tEman itu seJaTi





Bicara kali ini saya mulakan dengan 
Nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Kerana Dia masih lagi mengasihani saya 
hamba-Nya yang berdosa.

Gambar di atas sekadar hiasan, 
(hopefully xseksi sgt la ye)
tapi bait kata-kata dibawahnya,
seriously,
I mean it. . 

menatap keindahan sesebuah ikatan ukhwah,
pasti akan ada terhiris dan terguris.
Itu normal.
namun, membiarkan tali ikatan persahabatan terus bercalar,
Itu juga normal.
Walaubagaimanapun,
itu tidak wajar dilakukan oleh seseorang yang 
normal keimanannya.

Duhai sahabat,
bukankah bersahabat kerana Allah 
sering menjadi ungkapan?
Mengapa persengkataan harus diteruskan?
Jujurkan dirimu,
Persahabatan harus diteruskan.
Berlapang dada
untuk kebaikan.


jauh dari keluarga, tapi kita masih mengharapkan 
keprihatinan seseorang insan,
dan bukankah itu adalah seorang teman ?

Sahabat yang baik adalah sahabat yang membawa diriku kepada Allah.
mengingatkan aku saat terlupa.
Bukankah teguran itu tanda sayang,
Tanda cinta nya kepada Allah.

tak perlu bercerita tentang teman,
andai didalam hati masih belum wujud keikhlasan.


''Andai ukhwah yang terbina itu,
dibina dari bata-bata keimanan, 
pasti teguh dan kukuh persaudaraan itu
Andai ukhwah itu terjalin tanpa keihklasan
pastilah penuh dengan sengketa''

dan 

Andainya ukhwah ini ikhlas kerana Allah,
saya akan sentiasa ikhlas walauapapun yang terjadi.

2 comments:

Admin said...

sahabat sejati ibarat
mentari yang menyinari ^^

Sabariah ( Sapt ) said...

teman itu sejati..satu ungkapan yg indah utk kta dengari..tp ia perlu dibuktikan dgn keikhlasan yg tulus suci..dan sy tahu bahawa persahabatan kta adalah sejati kerna awak begitu ikhlas dlm persahabatan ini..syg awak <3