Pageviews


★ teman SEJATI ♥

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday 10 August 2012

kisah AIDILFITRI

Aidilfitri bakal menjelma, mengingatkan saya tentang pelbagai kisah.

Xtahu, mengapa dan kenapa,
Tapi hampir setiap malam ramadhan, 
pasti kenangan-kenangan masa lalu terimbau kembali,
Sedikit sebanyak menggamit keinsafan, terlahir rasa kesyukuran,
Pelbagai nikmat yang masih tak mampu utk dihitung,

Kisah Aidilfitri saya dan Dia.
*sewaktu kecil, diusia 6-8tahun, 
saya mempunyai teman sepermainan 
di kampung sebelah ayah,arwah datuk dan nenek saya, 
jkalau pulang ke kampong,
 pasti kami bermain bersama2.
 Walaubagaimanapun, kisah kehidupannya tidak bernasib baik 
seperti sebahagian antara kita.
 Dia lahir dalam keadaan serba kekurangan dari segi harta.
Time tu, saya tak pernah terfikir tentang kata-kata dia
,minda pn masih kanak-kanak yg xmatang lg,
setiap kali raya antara perkara yang dia selalu luahkan,
-seronoknya kalau hari raya dapat pakai kasut tumit tinggi
-bulan puasa bulan yg paling hepi sbb dpt byk beras dan gula
-teringin nak naik kereta selalu.
Dan dia juga pernah tanya, seronok tak dapat naik kereta selalu?

Waktu tue saya masih budak lagi, 
dan selalu dapat apa yang saya inginkan,
 jadi saya tak pernah terfikir utk semua 2.
Tapi diusia 20 tahun nie,kenangan lalu menggamit hati saya ,
 untuk menyelami sedalam-dalamnya, 
menghayati setiap rintihan kehidupan,
mungkin dalam kita bergembira dengan segalanya,
 masih ada tangisan yang tak mampu kita dengar.
Kadang-kadang rezeki biasa yang kita peroleh ,
boleh menjadi nikmat yang luar biasa bagi sesetengah insan.
Samada rasa simpati sekelumit mahupun banyak,
 atau samada rasa bersyukur dan
 kemudiannya kita terlupa kembali, kita patut sedar, inilah kehidupan.
 Nikmat datang dan pergi.
Sblum nikmat dioxide ini tak  mampu kita rasai lagi,
Sebelum aidilfitri menjadi yang terakhir kita raikan,
Marilah sama-sama kita bermaafan,
Dan bantulah insan yang memerlukan
Dan paling utama,
Tingkatkan amal dan pohonlah Keampunan. . .



‘’aidilfitri menggamit kebahagiaan,
namun kepada Pemberi bahagia,
tidak harus dilupakan.
Disebalik 1001 kebahagiaan,
kegembiraan,
kesenangan,
 kelazatan dan keriangan,
 masihkah terselit rasa syukur?
Mengjangkau segala nikmat yang tak terhitung kiranya,
 wujudkah lagi kesederhanaan?
Semoga nikmat yang melimpah ruah
digunakan dengan penuh keberkatan tanpa pembaziran’’

Coretan ini utk diri saya, 
namun jika terlanjur anda sudah membaca, 
mungkin sudah ditakdirkan 
ia sebagai tanda ingatan buat kita bersama.
Andai ada silap dan salah, salam kemaafan,
Salam Aidilfitri dari saya A.a(epal’s) dan keluarga.

No comments: