Pageviews


★ teman SEJATI ♥

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 13 September 2012

:: Teladan dari KekayaAn ::


kali ini kisah yang betul-betul menyentuh hati ini ialah tentang sebuah perjuangan, dan pengorbanan seorang sahabat yang tidak kurang hebat dalam perjuangan. Sepertimana sahabat-sahabat baginda yang lain mengorbankan jiwa dan raga demi sebuah perjuangan, beliau juga turut sama, bahkan dari segi harta dan nyawa.
Harta yang melimpah ruah, tanda rezeki dari Allah menjadikan beliau seorang saudagar yang kaya-raya.
Namun, kekayaan duniawi tidak pernah melunturkan semangat perjuangannya, bahkan kemewahan yang dikecapi menjadikan beliau lebih tegar dalam berkomitmen sebagai hamba kepada Tuhannya, sahabat kepada Rasulnya dan seorang pejuang kepada Agamanya.

Beliau adalah Abdul Rahman bin Auf, seorang saudagar hartawan yang berjaya. Bahkan seorang insan yang boleh kita jadikan tauladan dan pedoman tentang sebuah perjuangan dan pengorbanan dalam kehidupan. Justeru,  mari kita  sama- sama soroti kisah hidup sahabat Rasulullah yang dijamin syurga ini.

******************************


 Abdul Rahman bin Auf adalah antara sahabat yang terawal yang menyatakan keislamannya, ketika itu fajar Islam baru sahaja menyinsing, sebelum Rasulullah menjadikan rumah Al-Arqam sebagai tempat pertemuan para sahabat.

Rasulullah mempersaudarakan beliau dengan seorang hartawan, Saa’d bin Rabi’ ketika penghijrahan ke Madinah. 
Kata  Saa’d kepada Abdul Rahman bin Auf, “Saudaraku, ambillah separuh daripada hartaku yang menjadi pilihanmu. Aku juga memiliki dua isteri, pilihlah yang mana menjadi pilihanmu dan nikahilah’’.
 Lalu jawab beliau, “Semoga Allah melimpahkan berkat kepada-Mu,juga keluargamu dan hartamu. Tunjukkan aku arah ke pasar’’.

Dan dari saat itu, beliau mejalankan perniagaan dan memperoleh keuntungan yang besar. Beliau sentiasa memastikan hasil usahanya halal dan berkat disisi Allah, kerana harta yang diperolehinya bukan untuk dirinya melainkan untuk kepentingan di jalan Allah.

Jika hari ini tahap kejayaan sesuatu perniagaan dinilai melalui kemewahan harta yang melimpah ruah, perhiasan mahal memenuhi segenap ruang hidup , aset yang mencecah ribuan,malah jutaan, namun, tahap kejayaan Abdul Rahman bin Auf hanya dinilai dari semua yang diinfakkan dalam perjuangan dijalan Allah. Di sini, dapat kita bayangkan bagaimana keyakinan beliau dengan jaminan syurga Allah.
Sesungguhnya syurga itu sangat mahal nilainya, namun jaminannya bagi mereka yang meminjamkan harta,jiwa dan raga adalah sesuatu yang pasti.

******************************
Jika ditelusuri lagi kisah beliau, dapat digambarkan bagaimana pentingnya wang dan harta dalam kehidupan. Apatah lagi dalam perjuangan. Begitu juga Abdul Rahman bin Auf. Beliau berusaha dalam perniagaan, dan memperoleh rezeki yang melimpah ruah. Namun, harta dan kekayaan itu, hanyalah ditangan dan tidak dalam genggaman. Saat angin perjuangan menggoncang, seluruh kekayaan dilepaskan untuk diinfakkan dijalan Allah. Sungguh tinggi pengorbanan itu, namun nikmat syurga Allah bahkan lebih indah.


Suatu hari,bumi Madinah menjadi hiruk pikuk dengan derapan tapak kaki 700 ekor unta yang dipenuhi dengan muatan memenuhi tanah Kota Madinah.
Ummul mukminin Aisyah yang mendengar kedatangan kafilah dagang itu mendapati ianya dimiliki oleh Abdul Rahman bin Auf.
Kata AbdulRahman bin Auf kepada Aisyah,“ Sabda Rasulullah itu tidak pernah saya lupakan. Ketahuilah, semua kafilah ini dan muatannya, saya infakkan untuk perjuangan dijalan Allah”.
Rasulluh pernah bersabda kepadanya,” Wahai putera Auf, kamu adalah seorang yang kaya-raya. Kamu akan masuk ke syurga dalam keadaan merangkak. Kerana itu, pinjamkanlah kekayaanmu kepada Allah. Allah pasti akan memudahkan langkah kakimu”.

Dan dapat dijadikan iktibar, mungkin juga melahirkan rasa kagum, kata-kata Rasulullah menjadi peransang buat AbdulRahman bin Auf untuk terus berinfak dijalan Allah. Dan semoga kisah Abdul Rahman bin Auf ini juga menjadi peransang buat kita.

 Walaupun kita mungkin tidak memiliki limpahan kekayaan seperti beliau, namun tidak boleh kita jadikan penyebab untuk kita tidak menyumbang sesuatu kepada agama.
Kita masih mampu berkorban dengan kekuatan yang kita ada demi perjuangan agama. Harta berharga yang masih kita ada adalah masa dan ilmu.
Manfaatkan kedua-duanya demi islam tercinta. Dan tanpa ragu-ragu lagi kerana ALLAH yang ESA.

“ Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka; dan mereka akan mendapat pahal yang mulia”.

(al-Hadid:57)



No comments: