Pageviews


★ teman SEJATI ♥

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, 17 October 2012

episod baru Utk hari Esok #2


Melakar sebuah perubahan bukan suatu jalan yang menyenangkan,bukan jua jalan yang dibentangkan dengan permaidani indah.
 Namun, ia memerlukan sebuah mujahaddah (kesungguhan) untuk terus kekal istiqamah. Dosa-dosa lalu mungkin menjadi penghambat untuk kita menghadapi hari-hari mendatang. 
Kadang-kadang kesilapan lalu, masih menghantui membuatkan kita lemah untuk terus tabah. Namun, untuk berputus asa, itu bukan cara kita.
“……sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah hanyalah orang-orang yang kafir”.
[QS Yusuf, 12:87]
Dan yakinlah, 
Dia tetap Maha Pengampun biar siapapun kita pada hari kelmarin. 
Tetapkan matlamat yang jelas dalam kehidupan agar hari esok dan hari-hari seterusnya menzahirkan detik yang bermakna,  baik disisi Allah, malahan jua disisi insan-insan sekeliling.
 Luruskan niat, “aku ingin berubah dan mengubah mereka yang lain”. Mulakan membina perubahan tanpa penangguhan,tanpa ada ragu-ragu, walau molekul oksigen masih berawangan siapakah yang dapat menjamin keberadaan kita untuk hari esok. 
Semoga dengan perubahan kita dapat menjana inspirasi buat insan sekeliling untuk turut sama melakar perubahan demi agama islam, InsyaAllah berubah dan mengubah kerana redha-Nya.


1 comment:

Sabariah ( Sapt ) said...

moga kite same2 berubah ke arah yg bganda2 lebey baik..ameen..