Pageviews


★ teman SEJATI ♥

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, 18 December 2012

:::AZAM BARU::::


“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, 
maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung.
 Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, 
dia dari kalangan yang rugi.
 Barangsiapa yang hari ini dia, 
lebih teruk dari semalam, 
maka dia di kalangan orang yang celaka”
 Mafhum Hadith Rasulullah SAW.


Sedar tak sedar 2012 bakal melabuhkan tirai,
dan bakal meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Benarlah kata Imam Al-Ghazali,
perkara yang akan semakin jauh daripada kita
adalah masa lalu.
Semakin hari akan berlalu dan menjauh,
yang  kekal mungkin tulisan diari kenangan yang tersimpan.
(itupun kalau awak ade planner@ diary la ^_^)

Menyedari usia bakal menganjak ke satu usia,
mesti akan ada ibu-ibu kite cakap,
"time umor kamu nie mak da kahwen dah"
:D
tapi kite saat umor nie still mcm budak kadang-kadang,
merengek macam anak kecik,
takpun Homesick macam adik2 form1 baru masuk hostel.
:D

masa berlalu dan berubah dan terus berubah mengikut peredarannya.
Cara hidup, cara berkawan, cara belajar,
semuanya berubah.
Semakin senang kehidupan, 
semakin sukar cabaran dihadapan,
kan?

Mungkin sekarang senang untuk search tentang assignment @ report n etc,
tapi susah nak kawal diri bila sambil2 
search tue bley on9 facebook jugak kan...
:D haha itu biasa bagi kite-kite kan.

Apapun, kembali pada tajuk asal, 
setkan lah azam baru pada hari ini.
Dan kalau boleh jangan set2 kan yang biasa2,
setkan sesuatu perubahan 
yang lebih bermatlamat.


Update la azam baru anda hari ini,
supaya saat 2013 menjelma,
kita sudah memulakan langkahan pertama,
dan bukan lagi bertatih-tatih,


Saat umur meningkat,
hayat semakin singkat,
ajal pun makin dekat,
-_-
SEmoga Allah panjangkan umur kita dalam Keimanan 


:) amin.

No comments:

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget