Pageviews


★ teman SEJATI ♥

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, 23 December 2012

::Rencah Hidup::


alahai,tajuk macam rancangan masak je kan...
tapi walaubagaimanapun,
itulah analogi tentang tiap-tiap detik yang kita lalui saban hari.
Hidup diperasakan dengan pelbagai rencah
kerana ragam insan,
yang kadang-kadang ada yang manis,
ada jugak yang asyik masam mencuka,
dan ada yang buat kita rasa gembira dan bahagia,
dan ada pula yang memang tak kena dengan jiwa kita.
manusia,
memang macam2 flavournya!

Jangan mengaku kita adalah 
seorang teman,kawan mahupun sahabat
kalau kita lalui hari-harian tanpa pernah alami semua tu.

Subhanallah.
memang kita sama-sama pernah merasai ukhwah,
 persahabatan yang pelbagai rencah kan.

Bertemu dengan insan yang x sama cita rasa,
rasanya kelat seperti hempedu,
dan kadang-kadang terlalu menyakitkan.
tak mustahil, mungkin dah terzahir air mata.

Alahai temanku sayang,
jangan bersedih.
memang fitrahnya setiap insan berbeza.
ada yang rapuh mcm biskut,
ada yang kental dan liat macam dodol,
ada yang sensitif macam ising atas kek,
tercuit sikit rosak cantiknya,
memang bermacam2..
justeru, 
di saat kesedihan itu,
jernihkan apa yang keruh,
hilangkan sedih dan marah,
bisik lah pada hati yang mulus itu, 


ye, ikhlas dulu niat kita.
kerana setiap ketentuan dan takdir itu 
adalah ujian dari Allah.

Dan dari situ,
kita akan belajar untuk menerima,
menerima setiap kekurangan yang terzahir,
Allah telah mencipta tiap2 kekurangan dan kelebihan
untuk kita saling melengkapi.
dan jika perlu,
tegurlah tanda sayang.



bermaafanlah. walaupun
pada zahirnya bukan kita yang melakukan salah.
mengaku salah bukan ertinya kita yang salah,
tapi kerana cinta kita pada sebuah ukhwah,
tak ingin ianya terus berpecah
dan akhirnya MUSNAH


see, mungkin kita akan lebih tenang.
lepaskan segala kesakitan
dengan kemaafan.

Dan 
jadikan kata-kata ini 
sebagai penambah perasa,
"it's ok jika aku disakiti,
tapi aku takkan menyakiti"



last,but not least,
jgn lupa hiaskan wajah senyuman.
itulah penambah perisa yang paling istimewa.
All the best,
Teman2 ku sayang :)

epal's heart.

No comments: