Pageviews


★ teman SEJATI ♥

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, 2 October 2012

::rentetan kehidupan #5 ::

Kadang-kadang, keperitan dan kesusahan 
membuatkan kita terlalu payah untuk tersenyum.
pada insan yang hanya memandang, 
ia ibarat satu tugasan yang dipikul dengan kerelaaan,
namun,
pada satu-satu jiwa,
ia adalah amanat yang berat.
sehingga kadang-kadang kita tak mampu untuk berhenti dari berfikir.
Berhenti dari mencari.
Berhenti dari berusaha dengan apa yang terdaya.
walau dosa kadang-kadang masih merenjis diri
.
Saat mengalami kebuntuan,
untuk melakar sebuah senyuman
seperti sesuatu yang berat menghambat 
ditambah dengan suara-suara hati dan nafsu
yang menyapa untuk ke titik noktah.
berhenti.
dan berputus asa.

dan disaat itu, 
hati menyapa akal,
menggamit satu kata-kata yang cukup menyentuh jiwa,

"adikku, bertaqwa itu bukan pilihan 
kerana mati itu juga bukan pilihan, 
ujian itu bukannnya mudah,
oleh itu mohonlah hati yang tabah.
sayang itu bukan paksaan,
tapi lahir dari naluri perasaan,
rindu itu sangat dalam kerana itu 
ku utuskan salam,
salam mujahaddah"

sedikit tersedar. hikmah saling ingat mengingati itu
sangat besar dalam kehidupan.
moga kita sama-sama terus tabah
untuk melakar sebuah perubahan,
 itu pastinya bukan jalan yang mudah,
melalui kepayahan untuk terus istiqamah,
ranjau perjalanannya memerlukan mujahadah,
tanpa kesungguhan,
putus asa persimpangannya.

Berubah itu tidak mudah.
tapi apa pilihan yang kita ada,
atas keyakinan Islam lah agamaku dan agama kita bersama,
Itulah pilihan yang terbaik. dan yakinlah,
melangkahlah ke alam perubahan tanpa ragu-ragu.

Tidak kira siapa dirimu,
barangkali ilmuwan, atau si perawan,
Tidak kira apa yang kita lakukan sebelum ini,
dermawan atau seorang banduan,
tidak kira apa-apa pun dan sape2 sekalipun,
kembali kepada Islam
 dan lakarlah sebuah perubahan dalam kehidupan,
biarpun sedikit, sekurang2nya lebih baik dari zero.

Lakarkan perubahan pada hari ini,
agar hari esok
kita akan dapat mewarnai hidup ini
dengan penuh keimanan.


sedang melakar : epal's

No comments: